REFLEKSI MINGGU KESEBELAS
PERBANDINGAN KURIKULUM NEGARA Definisi kurikulum mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan itu sendiri. Pelan kurikulum yang terancang dan tersusun menjadi satu aspek kejayaan yang utama dalam pendidikan di sesuatu negara. Dokumen ini menjadi satu aset negara yang menentukan pembentukan para pelajar didalam sesebuah negara seiring dengan kemajuan teknologi abad ke-21 dan menjadi satu produk sumber manusia yang berguna kepada kerajaan. Justeru, kebanyakan negara telah mengambil inisiatif untuk melakukan pola perubahan dalam sistem pendidikan mereka. Walaupun begitu, pendekatan yang dibawa oleh setiap negara adalah berbeza di mana kementerian pendidikan perlu memainkan peranan untuk menyesuaikan kaedah pembelajaran yang efektif kepada rakyat mereka khusus kepada golongan pelajar. Keadaan ini juga telah melibatkan beberapa...