REFLEKSI MINGGU KELAPAN
STRATEGI PEDAGOGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN
Jika dalam blog yang lepas saya ada menyebut secara ringkas mengenai Pembelajaran Abad ke-21, pada minggu ini kita akan pergi dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
Pembelajaran Abad ke-21 ???
Seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan itu sendiri. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang bermula pada tahun 2014.
Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
Antara contoh aktiviti PAK21 ialah :
Apabila menjadi guru nanti, semestinya saya akan mempraktikkan PAK21 dalam pdp kerana ianya sangat menarik dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan pada masa yang sama menarik minat para murid untuk belajar juga!
sumber :
https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21-pak.html
Comments
Post a Comment