REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
Apakah itu ADDIE MODEL?
1) A- Analysis( Analisis)
2) D- Design ( Rekabentuk)
3) D- Development (Pembangunan)
4) I - Implementation ( Pelaksanaan)
5) E- Evaluation (Penilaian)
-temubual
Design
Fasa kedua ialah rekabentuk yang bertujuan untuk menentukan
kaedah yang bakal digunakan. Fasa ini akan menjawab persoalan yang timbul dari
fasa analisis.
ADDIE model merupakan salah satu model pengajaran yang kerapkali menjadi asas kepada model rekabentuk pengajaran yang lain. Objektif model ini direkabentuk adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih effisien dan efektif kepada guru mahupun pelajar.
Link video kepada penerangan model ADDIE
https://www.youtube.com/watch?v=BCJY_r7NJc0
Terdapat 5 fasa dalam model ini iaitu ;
1) A- Analysis( Analisis)
2) D- Design ( Rekabentuk)
3) D- Development (Pembangunan)
4) I - Implementation ( Pelaksanaan)
5) E- Evaluation (Penilaian)
Analysis
Dalam reka bentuk pengajaran, fasa Analisis merupakan asas untuk ke fasa-fasa yang lain. Peringkat ini adalah lebih kepada mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Ia adalah bertujuan untuk memastikan pengajaran yang dirangka adalah menepati keperluan sebenar pelajar. Menurut (Baharuddin et al, 2001) antara teknik yang digunakan dalam mengenalpasti masalah adalah;
-temubual
-pemerhatian
-tinjauan
-soal selidik
Design
Fasa kedua ialah rekabentuk yang bertujuan untuk menentukan
kaedah yang bakal digunakan. Fasa ini akan menjawab persoalan yang timbul dari
fasa analisis.
Development
Peringkat ini melibatkan penggunaan elemen media dan teknologi yang ditentukan berdasarkan keperluan. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut keperluan dan akan diuji agar ia konsisten dan berkesan.
Implementation
Pada peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan dalam keadaan sebenar. Bahan multimedia akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek. Sebarang kesilapan akan melalui proses pembaikan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran.
Evaluation
Comments
Post a Comment