REFLEKSI MINGGU KETUJUH

ANALISIS KURIKULUM DAN RANCANGAN PENGAJARAN (LESSON PLAN)



Image result for kurikulum


Di dalam kelas pada minggu ini saya belajar mengenai analisis perbandingan kurikulum di antara negara lain dengan Malaysia. Kumpulan saya yang terdiri dari 4 orang membandingkan kurikulum Jerman, Thailand, Brunei dan Poland. Objektif pelaksanaan tugasan ini adalah untuk membuka minda bakal guru akan kurikulum negara lain. Dari segi baik buruknya dapat dinilai , dajadikan teladan dan mengambil iktibar.

Related image

Contohnya melalui kurikulum Jerman sendiri yang menitik beratkan bakat dan potensi pelajar sejak di bangku sekolah rendah. andai seseorang murid itu berminat dengan bidang roti dan pastri misalnya, dia hanya perlu meneruskan kepakaran dalam bidang tersebut tanpa mengambil subjek lain yag tidak berkaitan. Saya lihat ini merupakan pendekatan yang baik kerana negara dapat melahirkan tenaga kerja mahir tanpa membazirkan masa dengan mengambil subjek yang tidak diminatinya.

Selain itu, terdapat persamaan antara kurikulum ke-empat buah negara dengan Malaysia iaitu bersifat "student-centered". Ini adalah seiring dengan pembelajaran abad ke-21 (pak-21) di mana guru sebagai fasilitator atau pemudahcara di dalam bilik darjah.

Image result for pak 21

Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, diharap pendekatan "student-centered" ini dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi , rohani intelek dan sosial disamping kepercayaan kepada tuhan dan mempunyai nilai-nilai murni.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT

REFLEKSI MINGGU KETIGA

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS