REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN
PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN MASA KINI
PEDAGOGI
Pedagogi merupakan suatu pendekatan. Dalam konteks pendidikan, ianya merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran .
Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip.
Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
Pembelajaran aktif
merupakan satu kaedah pdp yang mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui
penulisan perbincangan penyelesaian masalah (refleksi)
Signifikan elemen ini dalam PdP
Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah konvesional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota (chalk and talk). Ia juga dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif
sumber :
http://islamic.utm.my/akmaliza/2016/09/27/pembelajaran-aktif/
Pembelajaran interaktif
merupakan model pembelajaran yang berorientasi pada pelajar (student centered), dimana pelajar dilibatkan langsung dalam berbagai jenis kegiatan pembelajaran di kelas.
Model pembelajaran Interaktif membuat pelajar saling berinteraksi antara satu sama lain dalam menjalankan aktiviti dan berpikir (hands on and minds on)
Arus modenisasi serta kecanggihan teknologi membawa banyak perubahan terutamanya penggunaan internet dalam bidang pendidikan. Ini dapat dilihat melalui transformasi kaedah pembelajaran konvensional telah berupaya menggantikan kepada kaedah teknologi terkini yang lebih interaktif dan menarik.
E-Learning adalah salah satu instrumen teknologi pembelajaran yang dapat mengembangkan sistem pendidikan secara meluas tanpa sempadan ruang dan masa.
pembelajaran interaktif e-Learning dapat membentuk pembangunan kognitif individu seterusnya mengaplikasikannya dalam kemahiran berfikir aras tinggi.
Linik Video penerangan lebih lanjut mengenai E-learning :
https://www.youtube.com/watch?v=viHILXVY_eU
Sumber : https://www.researchgate.net/publication/307174030_Pembelajaran_Interaktif_e-LEARNING_Mencorakkan_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi
Comments
Post a Comment