REFLEKSI MINGGU KESEBELAS
PERBANDINGAN KURIKULUM NEGARA
Definisi kurikulum mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan itu sendiri.
Pelan kurikulum yang terancang dan
tersusun menjadi satu aspek kejayaan yang utama dalam pendidikan di sesuatu
negara. Dokumen ini menjadi satu aset negara yang menentukan pembentukan para
pelajar didalam sesebuah negara seiring dengan kemajuan teknologi abad ke-21
dan menjadi satu produk sumber manusia yang berguna kepada kerajaan.
Justeru,
kebanyakan negara telah mengambil inisiatif untuk melakukan pola perubahan
dalam sistem pendidikan mereka. Walaupun begitu, pendekatan yang dibawa oleh
setiap negara adalah berbeza di mana kementerian pendidikan perlu memainkan
peranan untuk menyesuaikan kaedah pembelajaran yang efektif kepada rakyat
mereka khusus kepada golongan pelajar.
Keadaan ini juga telah melibatkan
beberapa negara yang telah membuat penambahbaikan termasuklah Malaysia. Didalam
Rancangan Malaysia ke-11, pendidikan itu sendiri perlu berfokus kepada 4 bidang
yang utama iaitu
- menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi
- perlaksanaan TVET untuk memenuhi permintaan industri
- menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar
- kecemerlangan institusi dan memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran.
Begitu juga dengan penghasilan dokumen Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dihasilkan
sebagai panduan buat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai hasrat
kerajaan.
Melalui perbandingan kurikulum yang dibuat oleh kumpulan saya, dapat dilihat yang sistem pendidikan yang dijalankan disetiap negara didapati terdapat banyak
persamaan dan perbezaan dari pelbagai aspek. Antara elemen yang dilihat ialah
dari aspek pengalaman pembelajaran, struktur pembelajaran dan penilaian atau peperiksaan
yang dihadapi oleh pelajar di negara masing-masing. Perbandingan matlamat dan
objektif pendidikan juga dibuat dimana sangat penting untuk diketahui kerana ia
menjadi nadi utama pergerakan sistem kurikulum itu sendiri.
Sebagai konklusi, Kurikulum adalah teras kepada pendidikan dimana ianya menentukan kualiti dan tenaga rakyat yang akan dihasilkan untuk pembangunan bangsa, agama dan negara. Impak kurikulum dan segalanya berkaitan sistem pendidikan hanya akan berkesan jika jentera pelaksanaannya diperkasa dengan kemas dan sistematik. Bagi Malaysia sendiri, pengawalseliaan dan pemantauan haruslah dikuatkuasakan agar ianya bergerak dan teracu mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Comments
Post a Comment