Posts

Showing posts from December, 2018

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS

Image
PERBANDINGAN KURIKULUM NEGARA Definisi kurikulum mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan itu sendiri. Pelan kurikulum yang terancang dan tersusun menjadi satu aspek kejayaan yang utama dalam pendidikan di sesuatu negara. Dokumen ini menjadi satu aset negara yang menentukan pembentukan para pelajar didalam sesebuah negara seiring dengan kemajuan teknologi abad ke-21 dan menjadi satu produk sumber manusia yang berguna kepada kerajaan.  Justeru, kebanyakan negara telah mengambil inisiatif untuk melakukan pola perubahan dalam sistem pendidikan mereka. Walaupun begitu, pendekatan yang dibawa oleh setiap negara adalah berbeza di mana kementerian pendidikan perlu memainkan peranan untuk menyesuaikan kaedah pembelajaran yang efektif kepada rakyat mereka khusus kepada golongan pelajar. Keadaan ini juga telah melibatkan beberapa...

REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN

Image
PEDAGOGI DAN PEMBELAJARAN MASA KINI PEDAGOGI Pedagogi merupakan suatu pendekatan. Dalam konteks pendidikan, ianya  merujuk kepada cara  bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran .  Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip.  Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya. Pembelajaran aktif merupakan satu kaedah pdp yang mendorong pelajar un...

REFLEKSI MINGGU KELAPAN

Image
STRATEGI PEDAGOGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN Jika dalam blog yang lepas saya ada menyebut secara ringkas mengenai Pembelajaran Abad ke-21, pada minggu ini kita akan pergi dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan                                                  Pembelajaran Abad ke-21 ??? Seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini,  Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan itu sendiri. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  telah melaksanakan  pembelajaran abad ke-21 (PAK21)  yang bermula pada tahun 2014. Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.  PAK21  dik...

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

Image
ANALISIS KURIKULUM DAN RANCANGAN PENGAJARAN (LESSON PLAN) Di dalam kelas pada minggu ini saya belajar mengenai analisis perbandingan kurikulum di antara negara lain dengan Malaysia. Kumpulan saya yang terdiri dari 4 orang membandingkan kurikulum Jerman, Thailand, Brunei dan Poland. Objektif pelaksanaan tugasan ini adalah untuk membuka minda bakal guru akan kurikulum negara lain. Dari segi baik buruknya dapat dinilai , dajadikan teladan dan mengambil iktibar. Contohnya melalui kurikulum Jerman sendiri yang menitik beratkan bakat dan potensi pelajar sejak di bangku sekolah rendah. andai seseorang murid itu berminat dengan bidang roti dan pastri misalnya, dia hanya perlu meneruskan kepakaran dalam bidang tersebut tanpa mengambil subjek lain yag tidak berkaitan. Saya lihat ini merupakan pendekatan yang baik kerana negara dapat melahirkan tenaga kerja mahir tanpa membazirkan masa dengan mengambil subjek yang tidak diminatinya. Selain itu, terdapat persamaan antara kurikulum ke-...

REFLEKSI MINGGU KEENAM

Image
PERBANDINGAN MODEL-MODEL REKABENTUK  SISTEM PENGAJARAN   Dalam mereka bentuk sistem pengajaran, terdapat beberapa model yang seringkali digunapakai. Antara model tersebut ialah ;- 1) Model ASSURE Model Assure diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud  memastikan  atau ‘ to assure ’ pembelajaran berlaku.  Objektif pelaksanaan 1)   membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. 2) memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing  6 langkah  dalam Model ASSURE   Analyse Learners  (Analisis Pelajar) State Objectives  ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) Select method...

REFLEKSI MINGGU KELIMA

Image
ARAHAN PENGAJARAN (INSTRUCTIONAL ANALYSIS) Arahan pengajaran (instructional analysis) merupakan langkah yang kedua di dalam Dick and Carey Model. Ia merupakan set prosedur yang digunapakai dalam mengenalpasti  matlamat pengajaran (instructional goals) yang membawa kepada pengenalpastian langkah-langkah dan kemahiran yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut .