REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
Apakah itu ADDIE MODEL? ADDIE model merupakan salah satu model pengajaran yang kerapkali menjadi asas kepada model rekabentuk pengajaran yang lain. Objektif model ini direkabentuk adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih effisien dan efektif kepada guru mahupun pelajar. Link video kepada penerangan model ADDIE https://www.youtube.com/watch?v=BCJY_r7NJc0 Terdapat 5 fasa dalam model ini iaitu ; 1) A- Analysis( Analisis) 2) D- Design ( Rekabentuk) 3) D- Development (Pembangunan) 4) I - Implementation ( Pelaksanaan) 5) E- Evaluation (Penilaian) Analysis Dalam reka bentuk pengajaran, fasa Analisis merupakan asas untuk ke fasa-fasa yang lain. Peringkat ini adalah lebih kepada mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Ia adalah bertujuan untuk memastikan pengajaran yang dirangka adalah menepati keperluan sebenar pelajar. Menurut (Baharuddin et al, 2001) antara teknik yang digunakan dalam mengenalpasti masalah adala...