REFLEKSI MINGGU KETIGA
Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan

Pada tahun 1949, Model Tyler telah diperkenalkan dalam pembangunan kurikulum Pendidikan. Menurut Ralph Tyler, kurikulum merupakan satu aspek yang holistic meliputi objektif Pendidikan, pengalaman yang dirancang dan penilaian asas. Selain itu, beliau turut menganggap kurikulum merupakan pembelajaran yang dirancang, dikendalikan dan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Terdapat empat prinsip asas kepada model Tyler iaitu :
1) Objektif Pengajaran
2) Kandungan Kurikulum Pengajaran
3) Kaedah pengajaran
4) Penilaian Hasil Pembelajaran
Di dalam bukunya berjudul The Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler menyatakan bahawa konsep kurikulum sepatutnya adalah "Dinamik " dan " Melalui penilaian berterusan".

Kelebihan Model Tyler
Menurut pemerhatian saya, pendekatan teori kurikulum oleh model ini dilihat agak sistematik dan meliputi banyak aspek. Selain itu model ini turut menekankan tentang PENGALAMAN PEMBELAJARAN oleh pelajar dimana ianya dapat membina kemahiran berfikir, kemahiran mencari maklumat serta menanam minat didalam diri pelajar itu sendiri. Seterusnya dapat dilihat juga penekanan terhadap penilaian bagi menilai tahap keberkesanan sesuatu kandungan kurrikulum melalui model ini

Comments
Post a Comment